4 Oct 2024, 9pm
Peti ais tak tutup rapat semalam. Sedih sangat. Ingat kena buang dah semua susu yang dah pump tapi google ckp kalau still ada ice crystals boleh bekukan balik. Aku tawakkal je lah and simpan balik mana yg tak fully cair lagi. Tapi ada kena buang jugak dalam 3 4 packet. Yang lain bagi Aisyah minum and aku pump whole day. Aisyah tak pegi rumah Ibu Jah sbb ice pack pon cair tak leh nak pack susu untuk Ibu Jah. Minggu depan nak guna semua susu frozen. Nak bagi rolling balik susu yang baru. InshaAllah semua ok. Semoga susu ok, tak rosak and Aisyah sihat jee π€²πΌ Amiin. Husbandku pon supportive sangat. Terus pergi beli ais utk letak dlm freezer bagi cepat sejuk balik. Tolong ambik beg Aisyah kat rumah Ibu Jah sebab hari ni dah hari jumaat. Tolong jaga Aisyah kat rumah, bagi susu, walaupon dia kerja malam ni.
9 Oct 2024, Wed 9am
Aisyah jatuh katil pagi tadi π Aku rasa bersalah sangat2. Aku tak letak bantal belah side yang Aisyah jatuh tu. Aisyah dalam babynest, dia guling sampai keluar baby nest and sampai hujung katil opposite side. In a way mcm hebat jugak dia boleh guling jauh mcm tu tapi kesian dia jatuhhh.
Masa tu tengah sediakan susu botol aisyah nak hantar pengasuh kat depan. Tahu2 dengar bunyi jatuh pestu Aisyah nangis kuat, cepat2 lari pegi angkat dia. Lama dia nangis dalam 10 minit. Risau sangat. Whatsapp ayah dia cerita apa jadi. Pestu terus bagi susu and tukar pampers Aisyah lepas tu dia dah ok sikit tak nangis pestu tau2 tertidur. Whatsapp Kak Fafa and Kakak, dua2 ckp kalau takde muntah2, tidur minum perangai semua macam biasa inshaAllah takde pape. Check badan dan kepala Aisyah pon macam takde apa2 so inshaAllah ok. Tapi maybe malam ni nak pegi klinik jugak kot tanya doctor.
15 Oct 2024, Tues 8pm
Aisyah dah nak tumbuh first gigi!! At almost 6 months. Minggu depan dah boleh makan. Aaa babyku dah besar πππTapi belum boleh duduk unsupported. Hari tu baru beli baby dinner set silicone utk dia hehe
16 Oct 2024, Wed 2pm
Milk supply has been a bit low lately
10 Nov, Sunday 3pm
Ecah jatuh katil lagi. Ayah dia tak perasan. Tapi dia nangis kejap je and pujuk sikit terus berhenti nangis. Takde muntah2 sgt, tidur and main macam biasa so inshaAllah ok.
Update pasal Aisyah makan. YaAllah stress gila nak bagi dia makan. Ni paling challenging pasal nak besarkan ecah ni. Dah la aku tak suka masak. Nak masak untuk diri sendiri pon liat. Tapi kena paksa diri masak jugak untuk ecah. Kadang2 bagi jugak fruit puree pouches tu or bubur instant. I feel like a shit mom tapi ya Allah tak larat. Ya Allah beri lah aku kekuatan dan kesabaran.
Btw Aisyah punya gigi atas dua batang pon nak tumbuh dah!! 4 batang sekaligus wehh ya Allah hebat anak aku. Nasib baik tak teruk sangat teething dia. Still tidur macam biasa. Kadang2 je merengek sikit2