Tetapi, kita hanya manusia biasa... yang tidak pernah lari daripada kesilapan...kerana iman yang sangat fragile dan boleh pecah bila-bila masa jika tidak dijaga dengan baik dan dilindungi dengan sesuatu yang kuat. Kerana itulah, iman perlu sentiasa dibajai dengan rasa bertuhan dan amal yang istiqamah.
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik.”(Al-Ankabut:69)